Thursday, October 22, 2009

PASUKAN UMNO BAH. KULIM / B.BAHARU SERBU KAMPUNG


UMNO Bah. Kulim / B.Baharu bersama-sama 3 sayapnya telah menganjurkan Program Gerak Tumpu yang di ketuai sendiri oleh Ketua UMNO Bah.Kulim / B.Baharu iaitu Dato'Abd.Aziz Bin Sheikh Fadzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia turun ke kampung-kampung di seluruh Parlimen Kulim / B.Baharu .
Program ini bertumpu kepada kawasan-kawasan luar bandar mengikut peti undi yang ada di kawasan Parlimen Kulim / B.Baharu .
    Antara kawasan yang telah di lawati oleh Rombongan UMNO Bah.Kulim / B.Baharu ini antaranya Relau , Sungai Kechil Ilir , Parit Nibong , Sg.Taka ,  Serdang bagi DUN B.Baharu . Bagi DUN Kulim antaranya Sedim , Sg.Tengas , Mahang . Program ini di kategorikan sebagai berjaya apabila mendapat sambutan yang sangat baik oleh rakyat-rakyat Kulim / B.Baharu dan Dato'Abd.Aziz sendiri dapat mendengar dan melihat permasalahan yang telah di alami oleh rakyat-rakyat Kulim / B.Baharu dan juga telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar permasalahan yang di terimanya , dengan kerjasama yang baik dari Ketua-Ketua cawangan serta ahlinya telah memberi kredit yang besar untuk UMNO Bah. Kulim / B.Baharu.
     Komitmen yang sangat baik telah di tunjukkan oleh sayap-sayap UMNO Bah. baik Wanita , Puteri ataupun Pemuda telah membuktikan kesungguhan mereka dalam membantu menjayakan program ini dengan mengadakan beberapa aktiviti semasa program ini berlangsung dan secara tidak langsung membantu Barisan Nasional khususnya UMNO Bah. mahu merampas semula keselesaan pihak pembangkang yang hanya berdiam diri tanpa membantu rakyat-rakyat luar bandar ini membangunkan atau menyelesaikan permaslahan  kampug-kampung mereka .
     Sekalung Tahniah dari rakyat-rakyat Parlimen Kulim / B.Baharu ini kepada YBhg Dato'Abd.Aziz serta UMNO Bah. Kulim / B.Baharu dan juga sayap-sayap Wanita , Puteri ; Pemuda kerana berjaya menjayakan Program Gerak Tumpu Peti Undi dengan baik sekali . TAHNIAH ..